Followers

Novel Love Yasmin


First of all, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka  yang telah mengadap Illahi. 

gambar yasmin hunwick kisah kematian yasmin hunwick kemalangan di langkawi
Gambar al-marhumah Yasmin yang aku ambil dari blog.

Mungkin ada sebahagian yang memang sudah tahun siapa al-marhumah Yasmin J Hunwick. Dulu, aku pun tertanya-tanya siapa al-marhumah Yasmin ni. Artis ke ? Blogger terkenal ke ? Bila online twitter aku asyik terbaca pasal dia je. Disebabkan perasaan yang nak tahu sangat-sangat, aku pun google sana sini. Finally, aku jumpa blog kepunyaan al-marhumah Yasmin, http://misschronicz.blogspot.com/ . Blog ni masih lagi ada dan di update oleh family al-marhumah Yasmin sendiri. Aku pun sampai sekarang still jengah blog ni lagi. 

Tekan gambar di atas untuk pergi ke blog al-marhumah Yasmin.

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku kemalangan  melibatkan 3 remaja perempuan maut. Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu insyarat Lebuh raya Kuah. Salah seorang daripada mangsa adalah al-marhumah Yasmin.   

( Sebahagian kisah permergian al-marhumah Yasmin)

Sekarang kisah hidup Yasmin telah dijadikan buku. Tetapi pengeluarannya adalah ekslusif ( Pencetakannya adalah berdasarkan tempahan yang dibuat oleh pembeli ). Novel ni memang takde jual kat mana-mana kedai pun. Kalau nak kena pm sendiri penulis buku .

Alhamdulillah, aku dah berjaya habiskan pembacaan novel Love Yasmin. Firstly, apa yang buat aku tertarik nak beli novel ni adalah disebabkan aku nak tahu sendiri kisah al-marhumah Yasmin. Then, aku tahu sebahagian dari duit pembelian aku tu InsyaAllah disalurkan/disedekahkan kepada yang memerlukan. 



Bedah buku Love Yasmin ( yang ini aku ambil dari page Novel Yasmin J Hunwick. )

a) Tajuk novel ini diadaptasi daripada filem " Love Nora" yang mengisahkan seorang lelaki yang kehilangan isterinya dan isterinya sudah menyiapkan email untuk dihantar kepada suaminya setelah ketiadaannya kelak. Selepas kematian isterinya, setiap hari suaminya akan mendapat email daripada isterinya untuk memberi kekuatan dan semangat kepadanya setelah pemergian isterinya. Email itu dihantar oleh kawan si isteri yang telah menerima amanah untuk menghantar email itu setiap hari.

b) 17 bab yang terdapat dalam novel merangkumi umur Yasmin semasa kejadian.

c) Setiap bold alphabet dalam setiap bab akan membentuk perkataan " YASMIN JOHAN HUNWICK LOVE U " (ada berlaku kekhilafan dalam bab 9 dimana huruf  'H' tidak dapat dibaca mesin.

d) Isi perbicangan yang sering terjadi antara Uncle Johan dan Yasmin diselitkan dengan isi ceramah ustaz Don, ustaz Azhar dan ustaz Haslin Bollywood.

e) Al-marhumah Yasmin merupakan peminat tegar ustaz Azhar Idrus.

f) Perkataan 'blankpage' itu sebenarnya salah faham pihak pembuat plate buku. Sepatutnya page itu kosong tanpa tulisan.

g) L pada kulit buku diwakili oleh ibu jari dan telunjuk yang membentuk L. Bukannya typing error seperti yang difikirkan.

h) Tulisan kecil besar kerana pihak pencetak ingin menjumatkan ruang. Novel sepatutnya mempunyai 360 m/s ( nak jaga berat dan bimbang kesan pos)

i) Jika dimuatkan semua kisah Yasmin yang diperolehi sepanjang 2 kali kunjungan ke Langkawi, mungkin novel ini setebal Lagenda Anak Setan, tetapi demi menjimatkan kos pos dan kebanyakan pembeli terdiri daripada pelajar sekolah dan universiti ,saya (Syimir/ pemulis buku) terpaksa singkirkan beberapa event. yang terjadi.

j) Novel ini memuatkan kisah-kisah Yasmin yang terpenting dan beberapa nukilan syair dan sajak, lagu-lagu kegemaran dan juga ucapan keluarga dan rakan rapat. Dalam buku ini juga memuatkan album keluarga Yasmin.

Review

Setelah aku habiskan pembacaan buku ni aku dapat tahu kisah kejadian sebelum dan sehingga al-marhumah Yasmin pergi menghadap Illahi. Yang menyentuh perasaan aku bila baca titipan yang dibuah oleh ayah dan ibu al-marhumah Yasmin. Tak sedar air mata dah mengalir. Melalui novel ni aku dapat tahu al-marhumah Yasmin ni peminat UAI dan P. Ramlee. Dia juga mempunyat sifat penyayang dengan haiwan dan hobinya -anganadalah bermain piano. Aku pun ada angan-angan main piano tapi tak tahulah bila nak jadi kenyataan. Hehe. Aku suka dengan cover novel ni. Aku rasa kagum dengan semangat penulis yang bersusah payah nak hasilkan Love Yasmin sebab dia takda hubungan kekeluargaan pun dengan family Yasmin. Untuk tahu kisah al-marhumah Yasmin dia kena pergi ke Langkawi untuk berjumpa dengan mereka yang rapat dengan al-marhumah Yasmin. Novel ini mengandungi 340 m/s. Disebabkan aku antara yang terawal membuat pembayaran buku, so aku dapat CD percuma (lagu-lagu yang pernah dimainkan al-marhumah menggunakan intrumen piano).


Cara pembelian

Kepada yang mereka ingin membeli novel Love Yasmin, anda masih ada peluang untuk membuat pembelian bagi cetakan yang kedua. Tempahan masih lagi dibuka. Aku tak pasti tempahan buka sampai bila . Better buat tempahan segera. Harga buku untuk tempahan ni boleh tanya sendiri kepada penulis. Untuk tempahan boleh pm penulis buku iaitu Syimir Yunusi di page Novel Yasmin J Hunwick . 


3 comments:

AiSyA LiEzA said...

=) nnti leh try usha2 novel tu..insyaAllah..

.::: Princess MOMOY :::. said...

yes. momoy awal bulan tu dah bayar untuk cetakan ke2 . so tggu dapat hujung bulan ni. tak sabar nak baca. mesti sedih.

Fya Pelangi said...

HIHI. fya msalah btol klu bab mmbce ni. sian tk ? :P